Sunday 14 October 2012

Kadet Polis

Assalamualaikum...

Selamat Hari Ahad... bangun lepas solat subuh tadi tiba tiba tak dapat tido plak... Kemudian tengah pusing kiri kanan, teringat kenangan pasal Kadet Polis semasa sekolah di Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu...

Terlalu banyak kenangan pahit dan manis semasa menyertai pasukan kadet polis nie... Masa mula mula join dulu, skuad junior dipanggil "TIGER SQUAD" dan pasukan senior dipanggil "REGULAR"..

Alhamdulillah, sepanjang menyertai Kor Kadet Polis Maahad Muhammadi Lelaki (KKPMML) dari tahun 1999 sehingga tahun 2003, banyak aktiviti telah saya sertai dan 98% menjadi JOHAN untuk semua bahagian yang KKPMML sertai. Mmg gah nama kadet polis maahad time tu.

Jawatan terakhir yang saya sandang ialah sebagai Sarjan Mejar/Kadet.. Wohoo.. best nya time tu... Teringat waktu melaporkan pasukan kepada pegawai...

       " Assalamualaikum tuan. Saya Sarjan Mejar Kadet Muhd Al Hafiz Mokhtar melaporkan kekuatan anggota kadet seramai 34 orang di dalam baris termasuk saya siap sedia menerima arahan selanjutnya daripada tuan"

Lebih kurang mcm tu la... Tp sayang, time tu zaman tak canggih lagi.. Semua video yang kami rakam kebanyakannya pakai Video Cam yang rekord kat tape tu.. So kesemuanya hilang.. Hanya gambar2 yang sempat di snap dan di simpan sebagai bukti kepada semua kenangan tu...


Kawad Kaki peringkat IPD Kota Bharu (JOHAN)

 
 


Langah Pertama !! Trademark KKPMML
 
Time kat gambar atas nie, masih pakai baju klasik lg... Kalau tgk dari jauh, macam tak pakai seluar jek...


 



Perkhemahan peringkat negeri Kelantan dan Kebangsaan (JOHAN)

 

Keratan Akhbar



Fuhh.. Kenangan semua nie.. zaman kegemilangan... Tapi sekarang saya dengar pun KKPMML masih gah... Cuma ada pasang surut.. (tak tau betol ke tak)...

Sedar tak sedar da bertahun2 saya tinggalkan dunia kadet nie.. Time ni mmg sangat disiplin, kemas dan bersemangat... Banyak kelebihan dan faedah kalau kita sertai aktiviti beruniform kat sekolah nie... Bile dah masuk zaman pekerjaan, baru kita terasa kehilangan... Waktu remaja dulu dulu... :(

No comments:

Post a Comment