Sekarang Octo dah membesar sepanjang 7 inci.. masa beli dulu dalam 6 inci jek.. Diet utama dia masih lagi Mealworm... Tadi sempena Birthday die (konon konon).. saya belikan dia udang kertas... Pergh dia punya makan sangat merakuskan..
Seminggu sebelum ni, akuarium saya diserang cacing dan kutu air.. Yang mana datang dari najis2 ikan dan sisa sisa makanan dia.. Jadi untuk mencegahnya, beberapa langkah kat bawah nie saya buat...
- Buang air 50 percent, tambah hanya 20 percent
- Keluarkan semua filter media, span dan lain2 dalam akuarium. Tinggalkan Octo dan bubble oksigen jek
- Masukkan garam lebih sikit daripada biasa.
- Puasakan ikan selama 3 hari (untuk mengelakkan dia banyak buang najis yang boleh meningkatkan tahap ammonia)
- Beli dan masukkan ikan Tiger Barb untuk dia makan cacing dan kutu2 air. ( Esoknya tinggal sekor je sebab sekor lagi selamat bersemadi dalam perut Okto)
- Jemur Filter dan Media Filter bawah sinaran matahari yang terik untuk bunuh cacing2 dan kutu air.
Alhamdulillah, lepas semua langkah kat atas tu saya buat, kutu air dan cacing dah hilang. Baru saya buat WC sekali lagi dan masukkan kembali semua menda2 dalam tu... Skarang Octo dah ada kawan baru dalam tank tu... 2 ekor lampam sungai... (Harap2 semua sehat tak mati la kali nie)
Latest Pic Octo :)
Octo dan kawan baru nya |
pergh..dasyat bro..mana dapat info tiger barb makan cacing ngan kutu air tu..info baru ni..
ReplyDeleteSalam bro... dapat info nie dari kawan2 kat shopzone ngan kat FB arowana fans club... derang suggest tiger barb untuk makan kutu2 air ngan cacing.. lepas tu, derang plak kene makan ngan arowana.. agak kejam... hehe.. nak letak anak ikan koi pun boleh gak tapi tak berapa effective sebab anak koi asik main2 kat bawah jek..
ReplyDelete