Sunday, 28 October 2012

Pasar Pudu

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, mr Octo da start makan pagi tadi. Saya kasi makan mealworm dalam 10 ekor... ngap ngap dia makan... Senang sungguh hati ini...

Berbalik kepada topik kat atas, korang pernah pergi tak kat Pasar Pudu terutamanya anda yang meminati hobi memelihara ikan perhiasan... Tempat ni memang cukup terkenal di kalangan mereka.. Senang je nak cari tempat nie... Dari Swiss Garden, terus je nanti akan nampak balai bomba belah kanan, amik simpang kiri... Dalam 10 meter, jumpa la tempat yang nak di tuju..

Bagi saya, harga kat Pasar Pudu ni jauh lagi murah dari kedai akuarium yang ada disekitar KL. Harga pun leh bargain lagi tapi kene pandai cara. Mcm2 ikan yang ada kat sini dari ikan gapi ( kebanyakan kedai jual hanya RM0.50 sekor) sampai la ke ikan Arowana (mcm2 jenis ada)... Boleh rambang mata kalau pergi sini.

Tapi pada pendapat saya, kalau anda nak cari Arowana@Kelisa kat Jalan Pasar nie, baik anda fikir 2-3 kali.. Sebab sepanjang pemerhatian saya, harga dan kualiti ikan kelisa kat sini jauh lebih rendah... Kene plak ikan kelisa tu derang dah packing dalam plastik siap2, pas tu gantung jek 4-5 jam sehari.. Dan saya dapat maklumat (ceh da mcm polis da) yang kelisa dalam plastik tu derang hanya akan isi oksigen setiap 6 jam.. so maknanya, ikan kelisa tu takkan dilepaskan dalam akuarium balik.. Kesian ikan ikan kelisa kat situ... mmg stress la derang...

Kebanykan kelisa yang ada kat sana dari jenis Silver Arowana (harga dalam range RM 30 smpai RM 50).. Banjar Red, Green Arowana, Yellow Tail, Mixed Chili Red, Indonesia Red, Highback Golden dan banyak lg hybrid Arowana (kelisa campuran).. Harga dari RM 180 ke RM 700(Highback).

Kedai ni banyak jual Aro

Kesian Kelisa kene gantung :(

Mari mari kelisa


Selain kelisa, banyak lg ikan ikan yang jual kat sini.. Guppy baru 50 sen sekor.. wohooo... Murah2... Makanan makanan ikan kat sini pun banyak pilihan. Cengkerik,katak,anak ikan (Feeder Fish), mealworm,dan lain lain lagi. Aksesori akuarium pun banyak.. Anda boleh pilih lagi... Cuma ada satu kedai tu nyonya tu kerek sikit... tak leh kurang harga.. isk.. tak pe la... Dia kerek, banyak lg kedai ada... Anda jgn risau....

Byk nya ikan....


Algae Eater (ikan bandaraya) siap ada mcm2 size lg

Saya beli cengkerik kat salah satu kedai kat sini... Balik2 rumah semua mati.. kesian mereka... Rupanya sebab panas berjemur dalam kereta... Kesian my Aro tak dapat makan cengkerik...

Kedai eksesori. Murah tp susah sikit nak bargain. Tokey laki kerek. hahahah

Kedai ni la beli cengkerik... Sini banyak makanan untuk ikan.



1 comment: