Sunday 3 March 2013

4 Bulan Octo dalam jagaan

Assalamualaikum...

Dah lame dah rasanya tak update blog nie. Sedar tak sedar dah 4 bulan dah saya bela Arowana nie. Saiz pun dah semakin besar. Tengah pening mana nak letak dah pas nie.

Sekarang saya dah tuka background akua untuk si Octo nie. Dah tuka ke kaler hitam. Nampak tenang dan semakin garang si Octo nie.






Tapi sayangnya sekarang, Octo duduk sendirian kat Akuarium tu. Sebab tank tank mate dia yang lain dah selamat dikerjakan,dibunuh. Mungkin dia tak nak kawan kot dalam akua. Lagipun akuarium saiz 2 kaki je. Sempit sangat untuk die berenang2.





Sila tonton Video kat bawah nie yang mane Octo hampir nak makan algae eater (ikan bandaraya) namun umur ikan tu panjang lagi. Terus saya transfer kan Ikan malang tu kat akuarium satu lagi.















Sunday 3 February 2013

3 Bulan bersama Octo

Alhamdulillah.. Masuk bulan ni dah 3 bulan saya bersama dengan Arowana kesayangan... Si Octo... Banyak dah benda saya belajar dari salah satu makhluk unik ciptaan Allah... Semakin lama semakin banyak ilmu Allah yang saya belajar.. Alhamdulillah...

My lovely Octo


Zooming my Octo

Diet Octo skarang dah berubah.. Tak macam dulu, hanya makan MW sahaja. Skarang diet utama Octo ialah SW, selang seli saya kasi dengan anak ikan dan anak udang. Mungkin dalam sebulan dua saya akan cuba kasi makan katak pulak.

Dari segi filteration, saya dah beralih arah kepada external canister (taiyo). Beli di kalan pasar dengan harga RM120. Model CF 100.

Taiyo CF100
Alhamdulillah, lepas guna filter jenis kat atas nie, kualiti air bertambah baik dan ruang untuk bakteria baik membiak semakin bertambah. Insya Allah ada masa nanti saya akan cuba untuk terangkan pasal filteration jenis nie.


Tuesday 1 January 2013

Happy New Year 2013

Assalamualaikum...

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan

SELAMAT TAHUN BARU 2013....

Lama tak update blog nie.. .Insya Allah lepas ni akan selalu update...

Semoga tahun baru ni lebih baik dari tahun sebelumnya....

Insya Allah....

Saturday 1 December 2012

Sebulan bersama Arowana (Octo)

Alhamdulillah... 28 hb yang lepas, sebulan saya membela dan bersama ikan Arowana... Yang di beri nama Octo... Mcm2 karenah dan perangai dia saya lalui sepanjang sebulan bersama dia...

Sekarang Octo dah membesar sepanjang 7 inci.. masa beli dulu dalam 6 inci jek.. Diet utama dia masih lagi Mealworm... Tadi sempena Birthday die (konon konon).. saya belikan dia udang kertas... Pergh dia punya makan sangat merakuskan..

Seminggu sebelum ni, akuarium saya diserang cacing dan kutu air.. Yang mana datang dari najis2 ikan dan sisa sisa makanan dia.. Jadi untuk mencegahnya, beberapa langkah kat bawah nie saya buat...

- Buang air 50 percent, tambah hanya 20 percent
- Keluarkan semua filter media, span dan lain2 dalam akuarium. Tinggalkan Octo dan bubble oksigen jek
- Masukkan garam lebih sikit daripada biasa.
- Puasakan ikan selama 3 hari (untuk mengelakkan dia banyak buang najis yang boleh meningkatkan tahap ammonia)
- Beli dan masukkan ikan Tiger Barb untuk dia makan cacing dan kutu2 air. ( Esoknya tinggal sekor je sebab sekor lagi selamat bersemadi dalam perut Okto)
- Jemur Filter dan Media Filter bawah sinaran matahari yang terik untuk bunuh cacing2 dan kutu air.

Alhamdulillah, lepas semua langkah kat atas tu saya buat, kutu air dan cacing dah hilang. Baru saya buat WC sekali lagi dan masukkan kembali semua menda2 dalam tu... Skarang Octo dah ada kawan baru dalam tank tu... 2 ekor lampam sungai... (Harap2 semua sehat tak mati la kali nie)

Latest Pic Octo :)

Octo dan kawan baru nya








Tuesday 30 October 2012

My Arowana Diary

Hari Pertama

- Tarikh 26 Oktober saya beli ikan kelisa pertama saya. Diberi nama Octo (sempene bulan oktober seribu makna).... Akuarium saiz 2 kaki, isipadu air 80 percent... Malam tu kasi makan mealworm... 5 ekor jugak die tibai.... Malam tu on lampu, then malam pertama die ngan saya...

Hari Kedua

- Hari ni Octo tak nak makan.. Petang tu try kasi makan 2 ekor dan die makan... Malam tu dah tak nak makan mungkin kenyang kot... 

Hari Ketiga

- Pagi nie Octo makan banyak sikit.. Die makan mealworm dekat 8 ekor... Fuh... seronok tgk die makan...Pergi pasar pudu beli makana untuk die, dapat cari cengkerik tapi sampai rumah tu cengkerik mati. Saya cuba kasi cengkerik tu dan alhamdulillah dia makan walaupun da mati. 6 ekor gak cengkerik dia makan.  Malam tu dia tak nak makan dan nampak perkembangan dia lain macam. Dia start berenang kat tepi dan dasar akuarium. Saya tanpa berlengah lagi terus tuka air 50 percent dan tambah garam.

Hari keempat

- Reaksi Octo masih sama. Kelam kabut saya tanye orang sana sini dalam Facebook, hubungi Tuan Haji kat Assakinah Arowana dan mereka semua kate ni sindrom normal. Dan tindakan saya menukar air dalam akuarium semalam agak kurang bijak sebab air dan ikan masih baru dan nak sesuaikan diri lagi. Ades.. Tu la kalut sangat... Hari ni die puasa sehari langsung tak nak makan. Malam tu saya ambil daun ketapang 2 helai dan selimutkan dia. Lampu saya tutup nak kasi dia privacy.

Hari Kelima

- Bangun pagi terus mengadap Octo. Tgk sisik dia tanggal.. Alahai... sedih tak terkata.. Tengok message kat FB ada sorang kawan yang prihatin tak jemu2 anta message dan cara cara penjagaan. Terima kasih saudara Mrpuad Sapeeq atas nasihat anda. Pagi tu kasi makan MW (Mealworm) tp die cuma makan seekor jek. Letak anak Koi, Octo hanya kim salam lalu je. Saya keluarkan balik anak gapi tu tak nak die kotorkan air.  Malam pula, saya tgk berkembangan Octo semakin positif. Dia dah start berenang mcm normal, tapi masih tak kasi makanan sebab nak puasakan dia sampai esok hari. Harap2 esok lebih baik dari malam nie. Maka, lampu akuarium ditutup dan Octo tidur(Arowana tidur ke).. haha...

Hari Keenam

- Nampaknya si Octo menunjukkan tanda tanda positif.. Saya letakkan 3 ekor MW dan dia ngap dengan penuh lahap. Tapi masuk yang ke 4, die dah tak nak makan dah. Tak pe la memang niat hati nak puasakan si Octo ni dulu... Petang tu, pergi ambik wife balik rumah.. Sampai rumah malam tu, Mak bagitau yang dia da suapkan Octo makan 5 ekor. Wallaweh... dah ada selera balik... Gumbira sungguh hati ini... NGEEE :D

Hari Ketujuh

Alhamdulillah... 7 hari dah Octo bersama saya dan mcm2 ragam saya dah belajar dari Octo.. Bangun tido selepas beli sarapan, saya cuba masukkan MW. Ngap !!! Dia makan seekor.. Sampai la 12 ekor dia makan.. Wahh.. First Time tgk dia makan... Tapi lepas dia makan, dia duduk diam jerk kat bawah aqua... Mungkin sebab kenyang sangat kot... Positif feeedback from Okto.. Insya Allah esok nak tukar dah air dia..

Hari Kelapan

Dah seminggu Octo bersama kami !!! Alhamdulillah... Syukur.. Walaupun banyak dugaan dan cabaran sepanjang minggu nie, mcm2 telah saya belajar. Petang tadi saya baru tuka air 30 percent dan bagi makan 6 ekor mealworm... Dan Octo makan... Tandanya die tak stress selepas tukar air (WC) tadi.. Esok nak balik rumah mertua.. So 2 hari tak jumpa my baby aro nie.. Will miss you Octo..

Octo Selepas Seminggu... Semoga semakin sihat yaaa :D

Update (16 November 2012)

Sekarang dah dekat 2 minggu Octo bersama saya... Saya tukar air 3 kali sehari... Sehari sebelum tukar air, saya letakkan anti klorin (tension gon) dan Aro Vital sekali dan takungkan air dalam baldi selama semalaman... Tak de pape perkembangan yang menarik lagi wat masa sekarang... Semua nya berjalan lancar....

Minggu lepas saya cuba bagi Octo makan cengkerik, tapi dia masih tak nak makan lagi.. Hanya seekor sahaja dia makan selepas tu dia pandang je cengkerik tu.. (sombong tol)... rupanya2 mulut dia sakit sebab makan cengkerik ari tu... Padahal saya dah buang kaki belakang cengkerik tu... Mungkin dia tak nak lagi kot...

Dalam masa 2 minggu nie, sekarang Octo dah biasa dengan keadaan rumah nie,, Saya tak bukak lampu malam2 saje nak biasakan dia... Tak tanning sangat sebab nak tgk natural development dia.. Kesian ikan kalau nak tanning lama lama... Natural beauty la saya prefer..

Masa mula mula tak pasang lampu dulu, Octo agak takut dan meloncat2... Takut kot... Macam kita jugak la kalau dah biasa tido bukak lampu, kalau ada orang tutup mesti menggelabah punya.... Saya paksa jugak dia bergelap dan sekarang alhamdulillah dia dah biasa dengan keadaan gelap...

Saiz Octo sekarang dah meningkat 7 inci... Diet utama dia masih lagi mealworm... Dia tak nak makan lagi makanan lain... Harap2 dia semakin membesar dengan jayanya...




Sunday 28 October 2012

Pasar Pudu

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, mr Octo da start makan pagi tadi. Saya kasi makan mealworm dalam 10 ekor... ngap ngap dia makan... Senang sungguh hati ini...

Berbalik kepada topik kat atas, korang pernah pergi tak kat Pasar Pudu terutamanya anda yang meminati hobi memelihara ikan perhiasan... Tempat ni memang cukup terkenal di kalangan mereka.. Senang je nak cari tempat nie... Dari Swiss Garden, terus je nanti akan nampak balai bomba belah kanan, amik simpang kiri... Dalam 10 meter, jumpa la tempat yang nak di tuju..

Bagi saya, harga kat Pasar Pudu ni jauh lagi murah dari kedai akuarium yang ada disekitar KL. Harga pun leh bargain lagi tapi kene pandai cara. Mcm2 ikan yang ada kat sini dari ikan gapi ( kebanyakan kedai jual hanya RM0.50 sekor) sampai la ke ikan Arowana (mcm2 jenis ada)... Boleh rambang mata kalau pergi sini.

Tapi pada pendapat saya, kalau anda nak cari Arowana@Kelisa kat Jalan Pasar nie, baik anda fikir 2-3 kali.. Sebab sepanjang pemerhatian saya, harga dan kualiti ikan kelisa kat sini jauh lebih rendah... Kene plak ikan kelisa tu derang dah packing dalam plastik siap2, pas tu gantung jek 4-5 jam sehari.. Dan saya dapat maklumat (ceh da mcm polis da) yang kelisa dalam plastik tu derang hanya akan isi oksigen setiap 6 jam.. so maknanya, ikan kelisa tu takkan dilepaskan dalam akuarium balik.. Kesian ikan ikan kelisa kat situ... mmg stress la derang...

Kebanykan kelisa yang ada kat sana dari jenis Silver Arowana (harga dalam range RM 30 smpai RM 50).. Banjar Red, Green Arowana, Yellow Tail, Mixed Chili Red, Indonesia Red, Highback Golden dan banyak lg hybrid Arowana (kelisa campuran).. Harga dari RM 180 ke RM 700(Highback).

Kedai ni banyak jual Aro

Kesian Kelisa kene gantung :(

Mari mari kelisa


Selain kelisa, banyak lg ikan ikan yang jual kat sini.. Guppy baru 50 sen sekor.. wohooo... Murah2... Makanan makanan ikan kat sini pun banyak pilihan. Cengkerik,katak,anak ikan (Feeder Fish), mealworm,dan lain lain lagi. Aksesori akuarium pun banyak.. Anda boleh pilih lagi... Cuma ada satu kedai tu nyonya tu kerek sikit... tak leh kurang harga.. isk.. tak pe la... Dia kerek, banyak lg kedai ada... Anda jgn risau....

Byk nya ikan....


Algae Eater (ikan bandaraya) siap ada mcm2 size lg

Saya beli cengkerik kat salah satu kedai kat sini... Balik2 rumah semua mati.. kesian mereka... Rupanya sebab panas berjemur dalam kereta... Kesian my Aro tak dapat makan cengkerik...

Kedai eksesori. Murah tp susah sikit nak bargain. Tokey laki kerek. hahahah

Kedai ni la beli cengkerik... Sini banyak makanan untuk ikan.



Saturday 27 October 2012

My Arowana

Assalamualaikum Wbt...

Alhamdulillah, sekali lg dapat kite meraikan Hari Raya Aidil Adha tahun nie... Tahun ni punya Aidil Adha mmg sangat bermakna... Raya pertama as husband, Aidil Adha jatuh bulan Oktober yang bulan kelahiran wanita yang paling bermakna dalam hidup saya, tak lain tak bukan bonda saya (12 Oktober) dan isteri saya sendiri (29 Oktober)... Dan... Pada hari raya Aidil Adha ni juga la saya membeli AROWANA idaman... Alhamdulillah....

Saya beli arowana ni dari Haji Suhaimi (Arowana Assakinah) dengan harga RM480 untuk saiz dalam 6-7 inci kalau tak silap... Saya memilih jenis Highback Golden (HB) yang mane telah dinasihatkan dan di rekomenkan oleh Haji Suhaimi sendiri... Mmg seronok dan puas hati berurusan dengan Haji nie, Die seorang yang ramah dah naik hati...Juga tidak kedekut dengan ilmu dalam bidang penternakan dan pemeliharan AROWANA... Terima kasih saya ucapkan...

Setelah selesai membuat bayaran dan proses jual beli, maka dengan rasminya si ARO yang saya namekan OCTO (sempena bulan October) menjadi first aro yg saya bela...

Baru lepas kene transfer dan packing untuk pulang ke rumah.. yabedabeduuuu



Sampai je kat rumah, tanpa berlengh masa lagi, terus saya masukkan aro ni dalam akuarium.. Akuarium ni saya dah run setup cycling bagai sehari sebelum beli untuk kasi Air Stabil.. Sebelum tu saya masukkan dulu Arowana Vital yang sy beli dari Haji Suhaimi sendiri.

Arowana Vital

Lepas da masukkan Arowana Vital, saya letakkan plastik aro tu dalam akuarium dalam 20 minit untuk menyelaraskan suhu supaya nnti aro dapat membiasakan diri... Kemudian saya masukkan air sikit demi sikit dalam plastik barulah saya lepaskan aro dalam rumah barunya... :)





Alhamdulillah... dah sehari Aro ada dalam rumah baru.. Gejala ikan bengong atau duduk meyepi akibat strees dapat diatasi lepas follow cara cara yang betul seperti yang dinasihatkan oleh Haji Suhaimi... Cuma si Octo ni die tak nak makan lagi.. New Tank Sindrom mungkin.. Jadi saya akan biarkan Aro ni dalam 2-3 hari lagi untuk tgk perkembangannya...

Lagi Gambar Octo :)







Video Octo :)